Nasi Lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutamanya sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
Lemang
Lemang ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang hanya terdapat ketika Hari Raya.Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864.Makanan tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan.Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
Belacan
Belacan merupakan sejenis bahan perisa masakan yang diperbuat daripada udang kecil atau geragau yang dimampatkan dan tahan lama. Ia mempunyai bau yang agak kuat tetapi sedap dan di gemari ramai. Terdapat sesetengah orang yang gemar membakarnya sedikit sebelum digunakan kerana ini membangkitkan baunya.Tetapi belacan kini telah di terima oleh semua peringkat usia dan bangsa di Malaysia,malah pengeluar belacan yang mengeluarkan secara komersial dan besar-besaran juga bukan hanya terdiri dari bangsa melayu sahaja.Belacan kini digunakan dalam pelbagai resepi masakan pelbagai bangsa juga.Proses pembuatannya agak mudah tapi memerlukan kemahiran untuk menghasilkan mutu dan kualiti belacan agar tahan lama.
Dodol
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Dodol yang dimasak tidak boleh dibiarkan kerana jika dibiarkan, dodol akan hangus atau hangit di bahagian bawahnya/kerak. Oleh itu, dodol hendaklah sentiasa dikacau bergilir-gilir untuk mendapatkan hasil yang baik. Dodol yang dimasak memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang 4 jam kerana sekiranya kurang dari 4 jam, dodol yang dimasak tidak sedap dimakan. Setelah 2 jam dodol tadi dimasak, dodol akan bertukar kepada warna coklat yang pekat sedikit. Dodol tersebut akan mendidih dan mengeluarkan gelembung-gelembung udara yang banyak.Seterusnya, dodol hendaklah dikacau supaya gelembung dodol tersebut tidak terkeluar dari kawah sehinggalah dodol tersebut masak dan diangkat.Akhir sekali, dodol tersebut hendaklah disejukkan di dalam periuk yang besar. Untuk mendapatkan hasil yang baik dan rasa yang sedap, dodol mestilah berwarna coklat tua, berkilat dan pekat. Selepas itu, dodol tersebut bolehlah dipotong dan dimakan. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.
Nasi Dagang
merupakan hidangan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.
No comments:
Post a Comment